Assalamualaikum,
Syukur kepada Allah yang Maha Pemurah lagi Maha
Mengasihani..
BONUS SHAKLEE
Seminggu yang lalu seperti biasa, kebanyakan daripada kita runsing
memikirkan duit perbelanjaan diri dan keluarga yang semakin merosot (maklumlah
tengah bulan). Namun, saya rasa bertuah kerana bonus hasil bisnes daripada Shaklee
telah masuk ke dalam akaun saya. Syukur lagi sekali kerana saya tidak menyangka
bahawa apa yang saya dapat bulan ini boleh dikatakan 2 kali ganda dari bulan
lalu! Inilah pendapatan sampingan 4 angka saya yang kedua dengan Shaklee. Ya
Wahhab! Sesungguhnya Engkaulah yang memberi rezeki kepada hamba-hambaMu yang
berdoa dan berusaha.
Seperti bulan-bulan sebelum ini, menjadi kebiasaan di dalam
group bisnes kami, perkara pertama yang kami sering diingatkan adalah supaya
mengasingkan 10% daripada bonus tersebut untuk dizakat, diinfaq, dan
disedekahkan kepada yang memerlukan. Itulah salah satu perkara yang dididik di
dalam group kami. Saya rasa sangat bersyukur kerana dipertemukan dengan group
bisnes seperti ini yang menekankan ilmu akhirat selari dengan ilmu dunia.
Pada norma kehidupan sebelum ini, paling-paling pun hanya
zakat pendapatan yang dilunaskan. Sangat baru bagi saya untuk lebih cenderung
menginfaqkan harta. Maksudnya, kalau bayar zakat ke lembaga-lembaga zakat
adalah perkara biasa. Jadi, saya tercari-cari, selain daripada itu, ke mana
harus saya salurkan harta saya selepas ini?
Jadi, hampir di dalam setiap doa saya kepada Allah, saya
memohon supaya Allah tunjukkan jalan dan datangkan kepada saya orang-orang yang
boleh saya bantu. Tidak kira dari aspek kesihatan, meningkatkan nilai hidup,
kewangan, atau apa saja selagi yang saya mampu.
Dipendekkan cerita, 2 hari yang lalu saya pergi ke Tesco
Kajang bersama-sama keluarga. Sedang saya melihat-lihat gerai di dalam bangunan
Tesco tersebut, saya terlihat sebuah booth yang agak menarik perhatian saya,
iaitu booth Nur Kasih.
NUR KASIH
“Pertubuhan Nurkasih Malaysia (PNK) adalah sebuah badan amal yang ditubuhkan
untuk bergiat aktif dalam menjalankan aktiviti-aktiviti amal dan kebajikan yang
meliputi soal kebajikan, pembangunan dan pendidikan kepada anak-anak
yatim/miskin, remaja teraniaya dan juga warga emas di seluruh Malaysia."
Nur Kasih kini sedang menjalankan beberapa projek, di
antaranya:
- Kompleks Nur Kasih, Kota Tinggi
- Rumah Nur Kasih, Pulau Pinang
Terdapat 2 jenis sumbangan yang boleh dilakukan untuk
pembangunan Nur Kasih ini iaitu sama ada berupa sumbangan ikhlas atau wakaf
tunai.
Saya sedar… Inilah yang ditunjukkan Allah setelah saya
meminta ditunjukkan jalan supaya datangkan kepada saya mereka yang memerlukan
bantuan. InsyaAllah, ada bahagian mereka daripada saya.
Marilah kita sama-sama menyempurnakan ibadah harta seperti
di dalam Al-Quran ada menyatakan:
“Kamu sekali-kali tidak sampai kepada kebajikan (yang sempurna),
sebelum kamu menafkahkan sebagian harta yang kamu cintai. Dan apa saja yang
kamu nafkahkan maka sesungguhnya Allah mengetahuinya.”
(Surah Ali Imran : 92)
Sebelum saya menulis entry ini tadi, saya tunjukkan flyers
yang saya dapat (seperti gambar di atas)
kepada rakan sepejabat saya. Respon yang sangat positif yang saya peroleh.
“Haa.. inilah yang akak bincang dengan suami
akak semalam. Mana kitorang nak cari tempat/orang untuk kita beri sumbangan”.
Wah, ada juga hamba Allah lain seperti saya. Yang tercari-cari
tempat untuk kita bersedekah dan infaq. Respon daripada rakan sekerja tadilah
yang mendorong saya untuk menulis entry berkenaan Nur Kasih ini kerana saya sangat
pasti ramai di luar sana yang masih tercari-cari tempat untuk kita beri
sumbangan.
Semoga Allah merahmati kita semua. Jika anda tidak berpeluang untuk memberi sumbangan waktu ini, berdoalah agar Allah memberi kelapangan kepada anda untuk memberi
sumbangan pada masa akan datang.
Saya mohon kerjasama anda yang membaca untuk SHARE entry ini
kepada rakan-rakan yang lain. Jika tidak anda yang menyumbang, mungkin ada
orang lain yang berhajat. Lakukanlah dengan ikhlas kerana Allah Taala. Semoga
kita sama-sama mendapat saham akhirat.. InsyaAllah..
Erti hidup pada memberi.
Erti hidup pada memberi.
Untuk
keterangan lanjut mengenai pertubuhan ini, sila layari www.thenurkasih.com
Wassalam.
.: MamaCilik :.
setiap yg dihulurkan pastinya menjadi saham utk kita didalam kubur nanti...
BalasPadamAssalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan.
BalasPadamSaya MUHAMMAD AHLAM FIRDAUS BIN ABDULLAH CHEK merupakan seorang pelajar malaysia yang sedang menuntut pengajian saya di UNIVERSITAS ISLAM NEGERI MEDAN SUMATERA UTARA INDONESIA dalam bidang syariah islamiyah.
Saya ingin membuat sedikit permohonan kepada pihak tuan/puan/encik/cik/datuk/datin untuk membantu saya dalam menyelesaikan beberapa masalah yang saya hadapi disini.
Ini kerana saya tidak lah mendapat mana2 tajaan,biasiswa mahupun pinjaman,memandangkan kos sara hidup sekarang amatlah tinggi.
Bapa saya seorang jaga keselamatan di sebuah kilang papan,manakalah ibu saya suri rumah sepenuh masa,gaji bapa saya tidak cukup untuk menampung 7 adik beradik saya yang masih di bangku persekolahan,dulu bapa saya menanggung 8 adik beradik saya ini kerana abang saya baru sahaja pergi meninggal kan kami sekeluarga pada bulan lepas akibat menghidap penyakit kanser tulang tahap 4.
Saya mengharap kan jasa baik tuan / puan / encik / cik/datuk/datin untuk membantu saya dalam mènyelesaikan beberapa masalah yang saya hadapi sekarang,pengajian saya sepatut nya di tamatkan dalam bulan lepas,aakan tetapi saya pulang untuk menjaga abang saya di hospital sehinggalah nafas dia yang terakhir
Saya memohon agar pihak tuan / puan / encik / cik /datuk /datin dapat membantu saya dengan segera jika diberi sebagai pinjaman saya tidak mengapa,saya akan tetap membayar kembali dengan kadar segera.
Whatsapp(0196135660)