Kolesterol Oh Kolesterol!

Salam Ramadhan kepada pembaca semua..

Saya ada satu soalan untuk anda..

Bila kali terakhir anda buat ujian darah? Bulan lepas? Tahun lepas? Atau tidak pernah dan rasa tidak perlu?? Fikirkan semula! Byk y kita boleh kesan daripada ujian darah. Tapi di sini saya nak spesifik kepada ujian tahap kolesterol. Ramai yang tidak sedar dan tidak ambil peduli dengan tahap kolestrol mereka. Nasihat saya, pergi lah buat pemeriksaan. Kolesterol yang tinggi adalah pembunuh senyap (silent killer)! Sila rujuk entry saya yang lepas mengenai silent killer

Anda masih tidak peduli? Jangan terkejut jika tiba2 anda atau ahli keluarga anda menghidap strok atau serangan jantung. Bila ia terjadi, mungkin sudah terlambat. Kolestrol yang tinggi tidak mengenal tuan badan. Tidak kira anda gemuk/kurus/aktif bersukan/tidak aktif bersukan. Semua tidak terkecuali!

Baru-baru ini saya menemani Yusri untuk ujian darah. Alhamdulillah, dengan izin Allah tahap kolesterol Yusri berada pada tahap yang normal tapi perlu dipantau secara berkala. Seperti yang saya ceritakan pada entry yang lepas, doktor masih tidak mengetahui Yusri tidak makan ubat kolesterol yang doktor beri. Yusri hanya mengamalkan diet yang sihat dibantu oleh beberapa vitamin Shaklee. VITAMIN ye.. Bukan ubat! Yusri secara konsisten makan Shaklee Omega Guard, Shaklee Garlic, Shaklee ESP, dan Shaklee Ostematrix. Tidak terkecuali Shaklee Nutriferon.


Saya juga ada bertanya kepada seorang doktor pakar di Hospital Tawakal Kuala Lumpur, bagaimana caranya kita nak tahu paras kolesterol? Bolehkah kita membuat ujian sendiri di rumah? Adakah alat seumpama blood pressure monitor yang kita boleh dapati dan buat ujian sendiri? Jawapannya adalah TIDAK! Dan disebabkan itu lah kolesterol yang tinggi sangat terkenal sebagai pembunuh senyap!

Jadi kepada anda di luar sana.. Sayangilah diri anda untuk menyayangi orang tersayang. Pentingkan lah kesihatan anda dan keluarga. Kepada sesiapa yang ada persoalan dan perlu nasihat dari saya, anda boleh hubungi saya.. Saya bukan doktor. Saya cuma berkongsi pengalaman dan ingin membantu.

FREE CONSULTATION 
&
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!


Sila 'Share' jika anda rasa entri ini bermanfaat

No comments :

Post a Comment