Esok Hari Raya!

Assalamualaikum w.b.t

Esok dah 1 Syawal... Masih ada yang bekerja.. Ada juga yang dalam perjalanan pulang ke kampung halaman.. Namun, walau di mana pun anda berada, saya percaya sekarang ni ramai yang sedang bertungkus lumus memasak dan menyediakan juadah untuk hari raya esok. Apa yang anda masak? Kongsilah bersama-sama.. hehe..

Bagi saya dan keluarga, rendang daging campur Negeri Sembilan, ketupat, dan lemang sudah menjadi kemestian setiap kali menjelangnya Aidilfitri. Selain daripada itu kali ini saya juga ada masak daging masak hitam resepi asli Sarawak dan masak lodeh Johor. Biras saya pulak menyediakan ketupat palas resepi Utara. Jadi boleh dikatakan juadah Aidilfitri kami tahun ini memang 1 Malaysia! Hehehe..



Dalam kerakusan kita menyediakan juadah-juadah tersebut sedarkah kita tentang kandungan bahan-bahan masakan kita untuk hari raya ini? Kebanyakannya akan menyebabkan kadar kolesterol kita meningkat! Tekanan darah tinggi juga boleh meningkat jika tidak dikawal! Daging, paru, hati, santan, kerisik, semuanya boleh menjadi penyebab... Apa usaha anda untuk memastikan orang tersayang dapat menikmati juadah-juadah istimewa ini tanpa menjejaskan kesihatan mereka? Renung-renungkan.. 

Saya tidak risau lagi dengan adanya vitamin Shaklee yang sentiasa menjadi usaha kami sekeluarga dalam memastikan kesihatan kami berada di tahap optimum. Sudah semestinya dengan kehendak Allah jua.. Shaklee Omega Guard, Garlic Complex, ESP, Ostematrix, Vita-C menjadi satu kemestian!

Di kesempatan ini saya sekeluarga ingin memohon ampun dan maaf di atas segala kekhilafan dan kekurangan. Semoga Aidilfitri kali ini membawa seribu sinar kebahagiaan kepada kita semua. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin.


Sekian untuk entry kali ini. :)


Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 3-4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?

FREE CONSULTATION
&
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!


Sila 'Share' jika anda rasa entri ini bermanfaat

No comments :

Post a Comment